Plot Under_18_Elite

Jilid 1

Jime ialah seorang pelajar baharu di sekolah. Dia datang dengan niat berkobar-kobar untuk menunjukkan kebolehannya akan tetapi dia tiba-tiba bertembung dengan seorang pelajar lain yang pelik bernama Fox. Kemudian semasa waktu pembelajaran di kelas, Jime mula dibuli rakan sekelasnya. Bagaikan Hyang Kematian, Fox datang lantas membuatkan keadaan persekitarannya menjadi haru-biru. Siapakah Fox ini sebenarnya? Apakah kisah silam Jime sehinggakan dia bersungguh-sungguh sangat hendak menjadi kuat?