Unit_Gempur_Marin
Unit_Gempur_Marin

Unit_Gempur_Marin

Unit Gempur Marin atau UNGERIN adalah nama jolokan yang diberi kepada pasukan elit anti-pengganas polis marin yang terbaru dalam cawangan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Ditubuhkan pada tahun 2006 dan beroperasi pada akhir tahun 2007. Pasukan anti-pengganas maritim ini berpengkalan di Pangkalan Polis Marin Kampung Aceh, Sitiawan, Perak bagi menangani keadaan kritikal di Selat Melaka dan Pangkalan Polis Marin Lahad Datu, Sabah bagi pengoperasian di Sabah dan Sarawak, khasnya Laut Sulu. Sebahagian anggota terdiri daripada anggota Komando 69 Pasukan Gerakan Khas.UNGERIN memulakan operasi menjelang akhir tahun 2007, ditubuhkan khusus untuk menangani ancaman lanun, selain rompakan, penculikan dan rampasan kapal serta serangan pengganas di perairan negara.

Unit_Gempur_Marin

Aktif Mac, 2006 - Kini
Sebahagian daripada Polis Diraja Malaysia dan Pasukan Operasi Khusus Malaysia
Cawangan Polis Marin
Warna Beret Biru Muda
Peringatan 25 Mac (Peringatan Hari Polis),
31 Ogos (Hari Kemerdekaan Malaysia)
Peranan Pencegah keganasan domestik dan penguatkuasaan undang-undang
Colonel-Commandant Senior Assistant Commissioner II Isa bin Munir
Saiz 30 orang (Nukleus Pertama)
Negara  Malaysia
Garison/HQ Pangkalan Polis Marin Kampung Acheh, Sitiawan, Perak
Pangkalan Polis Marin Lahad Datu, Sabah
Jenis Pasukan Elit