Sejarah United_Technologies

Pra-1970an

Rencana utama: United Aircraft

1970an dan 1980an

Pada tahun 1974, Harry Gray yang sebelumnya bekerja di Litton Industries, meninggalkan syarikat itu dan menyertai United Aircraft sebagai CEO.[7] Beliau juga menunjukkan cita-cita untuk mempelbagaikan perniagaan United Aircraft dengan menukar nama syarikatnya kepada United Technologies Corporation (UTC) pada tahun 1975.[8] Kepelbagaian ini bertujuan untuk mengurangkan pergantungan pesawat United Aircraft pada pesanan yang hanya datang dari tentera.[7] UTC menjadi sebuah syarikat yang memberi tumpuan kepada pengambilalihan dan menggabungkan usaha untuk mengembangkan perniagaannya.[7] Pada tahun 1976, UTC juga memperoleh Otis Elevator.[9] Pada tahun 1979, Carrier Refrigeration dan Mostek diperoleh oleh UTC.[10]

Mostek lalu dijual ke Thomson pada tahun 1985.

1990an

UTC memperoleh Sundstrand Corporation pada tahun 1999, dan menggabungkannya dengan Hamilton Standard miliknya, bagi membentuk Hamilton Sundstrand.

2000an

Pada tahun 2003, UTC membeli Chubb Security, yang juga menandakan kemasukan UTC ke dalam bidang keselamatan bangunan.

Pada tahun 2004, UTC memperoleh Schweizer Aircraft Corporation, yang dirancang akan tetap berdiri sendiri[11] dibawah kendali Sikorsky Aircraft miliknya.

Pada tahun 2005, UTC membeli Kidde, untuk mengukuhkan perniagaan keselamatan bangunannya. Pada tahun yang sama, UTC juga memperoleh Boeing's Rocketdyne, untuk digabungkan dengan Pratt & Whitney miliknya.

Pada bulan Mac 2008, UTC membuat tawaran sebanyak $ 2.63 bilion untuk membeli Diebold, pengeluar mesin perbankan.[12] Namun, Diebold menolaknya kerana dianggap kurang pantas.[13]

Pada bulan November 2008, Carrier Corporation milik UTC membeli NORESCO[14][15].

Pada bulan Disember 2009, diumumkan bahawa UTC akan memperoleh 49,5% saham di Clipper Windpower seharga $206 juta.[16][17][18][19]

2010an

Pada bulan April 2010, UTC mengumumkan pelaburan € 15 juta untuk membina United Technologies Research Center Ireland di University College Cork, yang akan digunakan untuk menjalankan penyelidikan dalam sistem tenaga dan keselamatan.[20]

Pada bulan Oktober 2010, UTC bersetuju untuk memperoleh seluruh saham di Clipper.[21]

Pada bulan September 2011, UTC memberikan penawaran senilai $18,4 bilion kepada Goodrich Corporation.[22]

Pada bulan Jun 2012, UTC telah menjual bahagian ketenteraannya ke China.[23] Setelah melanggar peraturan dan membuat kenyataan palsu, UTC dan anak-anak syarikatnya didenda $ 75 juta.[24]

Pada bulan Julai 2012, UTC secara rasmi memperoleh Goodrich dan bergabung dengan Hamilton Sundstrand, untuk membentuk Sistem Aeroangkasa UTC.

Pada bulan Februari 2013, UTC Power telah dijual kepada ClearEdge Power.[25]

Pada bulan Oktober 2014, Toshiba dan UTC sepakat untuk memperluas kerjasamanya hingga ke luar Jepun.[26]

Pada bulan November 2015, Lockheed Martin menyelesaikan proses perolehan bernilai $9 bilion terhadap Sikorsky Aircraft milik UTC.[27]

Pada bulan Februari 2016, Carrier Air Conditioner milik UTC mengumumkan kepada pegawainya bahawa kilang mereka di Indianapolis, Amerika Syarikat akan dipindah ke Monterrey, Mexico.[28]

Rujukan

WikiPedia: United_Technologies http://www.transicold.carrier.com/Carrier+Corporat... http://money.cnn.com/news/newsfeeds/articles/djf50... http://money.cnn.com/news/newsfeeds/articles/prnew... http://www.courant.com/news/local/statewire/hc-021... http://lockheedmartin.com/us/news/press-releases/2... http://marketbusinessnews.com/louis-chenevert-step... http://news.in.msn.com/business/article.aspx?cp-do... http://www.msnbc.msn.com/id/23438974/ http://www.nawindpower.com/e107_plugins/content/co... http://www.noresco.com/values.html