Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Universiti Islam Antarabangsa Selangor (UIS; dahulu dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS); pernah dikenali sebagai: Kolej Islam Selangor Darul Ehsan (KISDAR) telah ditubuhkan pada 1995 sebagai kolej swasta dan dimiliki sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang ditubuhkan di bawah Akta IPTS 1996. Penubuhannya secara rasmi pada 15 Februari 1995 juga membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam membangunkan agenda pendidikan dan kecemerlangan ilmu.[1]Sehingga kini KUIS masih mengekalkan objektif awal penubuhannya untuk melahirkan lebih ramai tenaga profesional dan golongan teknokrat Islam yang mampu memimpin masyarakat serta membangun dan mengembangkan ilmu pengetahuan islam. Selain itu juga, KUIS juga berperanan menyediakan alternatif bagi lepasan sekolah untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.