Universiti_Antarabangsa_Albukhary

Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU) merupakan universiti swasta yang terletak didalam kompleks Pusat Ilmu Sharifah Rokiah di Jalan Tun Abdul Razak, Alor Star, Kedah. Naib Pengerusi Eksekutif AIU, Datuk Ismail Yusof menyatakan AIU mengambil 500 pelajar sulung mulai Julai 2010. 20 % penuntut berasal dari luar negara. Sasaran utama ialah pelajar pintar dari masyarakat kurang bernasib baik terutama dari Asia dan Afrika.Universiti milik Yayasan Albukhary ini beroperasi sejak 2010 dan ditaja oleh ahli perniagaan terkenal Malaysia iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Yayasan Albukhary memberi biasiswa 100 % kepada pelajar yang diterima masuk ke AIU. Mereka ditempatkan sementara di institusi pengajian tinggi awam sementara menunggu kampus AIU siap dibina di Alor Star, Kedah. Bidang pengajian yang ditawarkan ialah teknologi maklumat, kajian perniagaan dan sains sosial.[1]