Pengenalan Universiti_Islam_Malaysia

Inisiatif penubuhan Kolej Islam Malaya pada 1955 atau dua tahun sebelum kemerdekaan Malaysia, adalah satu usaha yang berani yang dibuat melalui persetujuan Diraja oleh Majlis Raja-Raja untuk meningkatkan kefahaman Islam di kalangan umat Islam di Tanah Melayu pada masa itu. Masyarakat Islam hanya terdedah kepada pengajaran Islam secara tradisional, menjadikan ia agak terpencil dari pembangunan masyarakat moden dengan pendidikan Islam, yang mana sebahagian besarnya dipisahkan daripada pengajaran sains, kemanusiaan dan teknologi. Penubuhan Kolej Islam Malaya merupakan titik permulaan dalam memecahkan ideologi dan mentaliti lama untuk berkongsi kepada umat Islam di Malaysia tentang keindahan dan rahsia Islam dengan cara yang lebih progresif dan moden.

Objektif utama Kolej Islam Malaya adalah untuk mengharmonikan hubungan antara rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum melalui cara yang universal dan pembelajaran islam secara sistematik untuk meningkatkan pentadbiran negara sejak kemerdekaan pada tahun 1957.

Oleh yang demikian, walaupun kolej ini telah menjalani beberapa evolusi, semangat Kolej Islam Malaya masih kekal. Majlis Raja-Raja menggalakkan agar usaha ini diteruskan dengan memberi mandat agar Kolej Islam Malaya dinaiktaraf menjadi Universiti Islam Malaya. Adalah menjadi harapan dengan indentiti baru ini dapat membantu universiti ini dalam menghadapi cabaran persekitaran dan budaya yang berbeza dari tahun 1955.

Lawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong I Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad & Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong I Tuanku Kurshiah Binti Al-Marhum Tunku Besar Burhanuddin. 27 November 1957

KESINAMBUNGAN INISIATIF 1955

Universiti Islam Malaysia (UIM) merupakan satu keperluan masa hadapan bagi institusi pengajian tinggi yang menumpukan kepada ilmu pengetahuan serta kemahiran hidup dalam masyarakat untuk menyambung semula sumbangan yang dilakukan oleh warga Kolej Islam Malaya (KIM) terhadap masyarakat dan industri. UIM menyediakan platform untuk meletakkan pengalaman kerja melalui perspektif akademik secara formal di bawah bimbingan tenaga pengajar yang profesional.

UIM menawarkan ruang untuk meneroka idea-idea yang berkaitan dengan penyelidikan baharu dari pelbagai bidang melalui pengajaran interaktif dan berorientasikan penyelidikan, latihan kemahiran, seminar dan pelbagai wacana intelek di dalam program Sarjana dan Doktor Falsafah.

Universiti Islam Malaysia memfokuskan kepada keperluan pembelajaran yang lebih holistik untuk:

• Meningkatkan perspektif universiti secara global.

• pendekatan intelektual secara teliti.

• memenuhi keperluan dan permintaan ulama.

• komprehensif, fleksibel dan serba boleh