Sejarah Universiti_Negeri_Ural

Universiti Ural mula-mula ditubuhkan pada Oktober 1920 menerusi dekri pihak kerajaan Soviet di Yekaterinburg, menjadikan ini universiti kedua yang ditubuhkan di Ural selepas Universiti Perlombongan. Namun begitu, akibat masalah pengurusan universiti akibat kekurangan dana, universiti itu terpaksa dipisahkan menjadi USU dan Institut Politeknik Ural (kini Universiti Teknikal Negara Ural, USTU-UPI). Pada 1936, universiti ini dinamakan semula sempena salah satu pengusaha-pengusaha penubuhan USU, A. M. Gorky. Pada 1970, USU dikurniakan dengan pingat Darjah Panji Merah Buruh Soviet.

Pada 2009, Presiden Rusia Dmitry Medvedev mengisytiharkan sebuah dekri berkenaan penggabungan semula USU dan USTU-UPI untuk membentuk Universiti Persekutuan Ural (UFU).[3] Pada Februari 2011, Menteri Pendidikan dan Sains Andrei Fursenko menandatangani peraturan berkenaan penggabungan tersebut yang berkuatkuasa dalam masa tiga bulan.[4] Universiti Negara Ural secara rasminya diisytiharkan bergabung pada 11 Mac 2011 apabila pihak Rusia tidak lagi mengiktiraf USU sebagai entiti yang sah, dan sebaliknya mengesahkan pembentukan UFU.