Sejarah Universiti_UCSI

Dibuka sebagai Canadian Institute of Computer Studies, institusi pengajian ini makin bertauliah makin maju mengorak langkahnya. Pada tahun 1990, namanya bertukar menjadi Kolej Sedaya, kemudian Kolej Antarabangsa Sedaya. Pada tahun 2003, insititusi ini mencapai taraf kolej universiti lalu dinamakan University College Sedaya International (UCSI), diikuti pada tahun 2008 apabila taraf universiti sepenuhnya dicapai dan namanya menjadi Universiti UCSI.