Sinopsis Unplugged_(album_Siti_Nurhaliza)

Untuk lebih terperinci berkenaan dengan topik ini, sila lihat Dato' Siti Nurhaliza Unplugged 2015.

Konsert dimulakan dengan Siti menyanyikan "Membunuh Benci" sambil diiringi oleh Aubrey Suwito yang bermain piano, yang merupakan pengarah muzik untuk konsert itu. [10] Ini diikuti dengan medley pertama konsert unplugged ini, terdiri daripada dua buah lagu pertama rancak daripada persembahan, "Mahligai Asmara" dan "Satu Cinta Dua Jiwa" di mana Siti mula menari sambil menyanyi. Beliau menyambung semula persembahannya dengan menyanyikan medley kedua konsert itu terdiri daripada "Jawapan di Persimpangan", "Purnama Merindu" dan "Diari Hatimu" dan diikuti dengan medley lain terdiri daripada "Aku Cinta Padamu" dan "Biarlah Rahsia". Untuk persembahan yang seterusnya beliau menjemput Awi Rafael, komposer "Mula dan Akhir," untuk mengiringiya dengan petikan gitar semasa beliau menyanyikan lagu yang beliau cipta untuk album terbaru beliau, Fragmen. Siti kembali ke lagu rancak dalam medley "Tanpa Kalian" dan "Intrig Cinta" sebelum menyanyikan satu lagi medley balada beliau, "Usah Diragui", "Wajah Kekasih" dan "Kau Kekasihku". Sebelum babak kedua bermula, penonton dihiburkan oleh pemuzik dan penyanyi latar yang menyanyikan "Seindah Biasa".[11]

Pada separuh kedua konsert itu, Siti menjemput Faizal Tahir untuk mengiriginya bermain gitar ketika menyanyikan "Aku" dan "Warna Dunia", yang telah digubah oleh Faizal untuk Fragmen. Kemudian beliau turut menjemput Dato' Adnan Abu Hassan untuk mengiringinya dengan piano untuk lagu-lagu yang telah ditulis dan digubah oleh beliau, "Jerat Percintaan" dan "Gelora Asmara". Beliau menyambung semula persembahan beliau dengan tiga medley lain. Yang pertama ialah medley lagu penutup, "Epilog Cinta dari Bromley" oleh Sohaimi Mior Hassan dan "Suratan Atau Kebetulan" oleh kumpulan Kenny, Remy & Martin, [5] diikuti dengan medley lagu-lagu beliau lagi yang merupakan satu medley "Engkau Bagaikan Permata" dan "Cahaya Seribu Liku". Medley akhir konsert itu ialah medley tiga lagu dari Fragmen yang ditulis oleh penulis lagu dan komposer Indonesia - "Sanubari", "Terbaik Bagimu" dan "Kau Sangat Bererti". Siti menamatkan persembahan dengan menyampaikan semua lagu-lagu dari Fragmen yang dikeluarkan sebagai single termasuk "Jaga Dia Untukku", "Lebih Indah" dan "Seluruh Cinta".[11]

Sepanjang konsert itu, Siti sempat berkongsi beberapa maklumat dari kehidupan bernilai dan pengalamannya selama 20 tahun sebagai penyanyi, dari sesi rakaman pertama dengan pengalaman beliau dalam rakaman album terbarunya, Fragmen. Selain daripada tiga artis tetamu, beliau juga menjemput dua peminat bertuah untuk menemaninya di atas pentas - terlebih dahulu sebelum menyanyikan "Aku Cinta Padamu" dan satu lagi sebelum persembahan "Tanpa Kalian".[11]

Rujukan

WikiPedia: Unplugged_(album_Siti_Nurhaliza) http://www.astroawani.com/berita-hiburan/mesej-mik... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/siti-nurh... http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgenera... http://www.budiey.com/album-unplugged-dato-siti-nu... http://www.budiey.com/siti-nurhaliza-awie-amy-sear... http://www.deezer.com/album/10988946 http://mediahiburan.karangkraf.com/dua-jam-tak-pua... http://www.star2.com/entertainment/music/music-new... http://bm.therakyatpost.com/buzz/2015/04/08/siti-n... http://bm.therakyatpost.com/buzz/2015/06/07/lagu-c...