Penggunaan Unsur_kumpulan_11

Unsur-unsur dalam kumpulan ini terkenal dengan nilainya yang tinggi, dalam sistem kewangan dan biasa dijumpai digunakan sebagai bahan perhiasan. Dalam masa yang sama, kesemuanya merupakan konduktor elektrik yang baik terutamanya perak diikuti dengan kuprum dan akhir sekali emas. Perak juga merupakan konduktor haba yang paling baik, dan juga unsur yang paling baik memantulkan cahaya.

Kuprum digunakan secara meluas sebagai wayar elektrik dan penyambungan litar. Emas pula kadang-kadang sahaj dijumpai dalam perkakas atau alat tertentu kerana sifatnya yang tidak akan berkarat. Perak diaplikasikan sebagai penghubung dalam alat elektrik, dan turut digunakan dalam fotografi (kerana perak nitrat atau argentum nitrat berbalik semula kepada logam dalam pendedahan terhadap cahaya), agrikultur, perubatan, dan beberapa lagi penggunaan saintifik.

Emas, perak dan kuprum merupakan logam yang agak lembut dan sering dibentuk menjadi duit syiling. Logam berharga juga boleh terlelas dengan mudahnya dan menjadi haus atau lusuh sepanjang penggunaannya. Dalam fungsi numismatik (ilmu berkaitan duit syiling), logam-logam ini perlu dialoikan dengan logam lain untuk meningkatkan ketahanannya. Pengaloian dengan logam-logam lain boleh menjadikan duit syiling yang dihasilkan lebih kuat, tidak mudah berubah bentuk dan tahan lusuh.

Syiling emas: Syiling emas biasanya dihasilkan sama ada dengan 90% emas (cth: syiling pra-1933 AS), atau emas 22 karat, dengan kuprum dan perak melengkapkan peratusan pengaloian bagi setiap syiling. Jongkong emas dihasilkan dengan menggunakan kira-kira 99.999% emas.

Syiling perak: Syilng perak biasanya dihasilkan sama ada 90% perak (cth: syiling pra-1965 AS yang telah diedarkan ke beberapa buah negara), atau syiling perak sterling (92.5%) pada pra-1967 British Komanwel dan beberapa syiling perak yang lain, dengan kuprum melenkapkan peratusan pengaloian bagi setiap syiling.

Syiling tembaga: Syiling tembaga atau syiling kuprum biasanya mempunyai ketulenan yang tinggi iaitu kira-kira 97% dan biasanya dialoikan dengan sedikit zink dan timah.

Inflasi telah menyebabkan nilai muka duit syiling telah jatuh di bawah paras nilai mata wang kasar. Hal ini telah memberikan kesan kepada penghasilan syiling moden – kupro-nikel (kira-kira 80:20, berwarna perak) juga popular sebagai nikel-loyang (kuprum (75), nikel (5) dan zink (20), berwarna emas) mangan- loyang (kuprum, zink, mangan, dan nikel), gangsa, ataupun daripada keluli.