Kewujudan Unsur_kumpulan_7

Geografi

Teknetium yang juga merupakan unsur pertama yang dihasilkan dalam makmal dan bohrium adalah radioaktif dengan separuh hayat yang pendek menyebabkan mereka tidak wujud dalam keadaan semula jadi. Selain itu, renium unsur yang jarang dijumpai dan selalunya hanya ditemui dalam mineral lain. Oleh hal yang demikian, hanya mangan sahaja merupakan unsur yang banyak ditemui berbanding unsur-unsur lain dalam kumpulan ini. Hal ini juga dibuktikan melalui penghasilan tahunan unsur-unsur ini. Pada tahun 2007, sebanyak 11 juta tan metrik mangan telah dilombong manakala pada tahun yang sama, penghasilan renium hanya sekitar 40 hingga 50 tan metrik sahaja.

Biologi

Mangan mempunyai peranan untuk membantu enzim dalam organisma hidup.