Rakaman Untuk_Bermimpi

Lagu ini dirakam di Studio Luncai Emas di bawah penerbitan M. Nasir. Pada bulan April 2013, Misha memuatnaik pradengar lagu ini di laman Keek namun rakaman vokal yang diterbitkan tidak sama dengan lagu yang dimuatnaik tersebut. Difahamkan, Misha merakamankan lagu ini sebanyak beberapa kali. Lagu ini menceritakan mengenai seorang wanita yang mendambakan cinta tetapi hanya mahu bermimpi di siang hari.