Plot Usin_UFO

Filem Usin UFO mengisahkan tentang seorang pemuda yang bernama Usin yang amat disenangi oleh penduduk kampung dan berjaya mengusahakan sebuah resort di kampungnya. Pada suatu malam, sewaktu dia melawat kawasan resortnya, dia telah diculik oleh sekumpulan Alien. Alien-alien itu telah menjalankan uji kaji ke atasnya dan memulangkan Usin ke bumi pada keesokan harinya. Sejak dari peristiwa itu, pelbagai perkara pelik berlaku ke atasnya yang menyebabkan huru-hara di Kampungnya itu.