Utrujah
Utrujah

Utrujah

Utrujah (Arab: أُتْرُجَّة‎, rumi: utrujjahcode: ar is deprecated ) atau etrog (Ibrani: אֶתְרוֹגcode: he is deprecated , jamak: etrogim; Ibrani Ashkenaz: esrog, jamak: esrogim) ialah sejenis limau sitron kuning (Citrus medica) yang digunakan umat Yahudi untuk perayaan Sukkot dan merupakan salah satu daripada empat spesies tumbuhan yang diperlukan selain pelepah pokok kurma (lulav), dahan pokok murad (hadass), dahan dedalu (aravah)—yang digenggam seikat dan dilambai-lambaikan dalam bahagian tertentu sembahyang raya. Memilih etrog perlu dibuat dengan teliti untuk upacara perayaan Sukkot.[1] Pelbagai upacara Yahudi menggunakan pelbagai jenis etrog, mengikut adat mereka atau keputusan posek (semacam mufti) masing-masing.Buah ini juga disebut dalam hadis Nabi Muhammad sebagai bandingan dengan golongan yang beriman malah membaca al-Quran seperti limau utrujah yang harumnya dan rasanya manis.[2]

Berkaitan