UtusanTV

UtusanTV ialah sebuah laman web berita Malaysia yang ditubuhkan sejak 1 Januari 2021.[1] Ia dibangunkan oleh sekumpulan mantan wartawan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad (UMMB) yang kehilangan kerja apabila syarikat itu ditutup pada 9 Oktober 2019.[1] Ia diterajui oleh ketua pengarangnya, Datuk Zulkefli Hamzah[2] yang merupakan pengarang Utusan Malaysia sebelum akhbar tersebut diberhentikan penerbitannya pada 2019.

UtusanTV

Diasaskan 1 Januari 2021
Pemilik Utusan Binders Sdn Bhd
Bahasa Melayu
Ibu pejabat Kuala Lumpur
Ketua pengarang Zulkefli Hamzah
Laman sesawang utusantv.com
Negara Malaysia
Jenis Akhbar dalam talian