Utusan_Karya_Sdn._Bhd.

Ditubuhkan pada 1 Oktober 2003, Utusan Karya Sdn Bhd (UKSB) salah sebuah anak syarikat milik penuh Kumpulan Utusan bermula sebagai Jabatan Majalah di Jabatan Pengarang Utusan Melayu.  Sejarah penerbitan majalahnya bermula semenjak tahun 1941 apabila majalah Melayu pertama diterbitkan iaitu majalah Mastika.  Peranan yang dimainkan oleh majalah seiring dengan peranan akhbar meniup semangat nasionalisme Melayu berjuang untuk kemerdekaan negara ini.Kini, UKSB memainkan peranan sebagai penerbit majalah-majalah inovatif dan berinformasi keluaran Kumpulan Utusan untuk semua lapisan umur masyarakat Malaysia termasuk Brunei dan Singapura.Sebagai salah sebuah anak syarikat milik Kumpulan Utusan (www.utusangroup.com.my),  UKSB amat mementingkan kualiti dan integriti bahan yang diterbitkan.
Di kala terdapat kebanjiran majalah di pasaran, kami mengambil langkah untuk meletakkan syarikat kami sebagai sebuah penerbit majalah yang bertanggungjawab terhadap pembacanya dan semua pelanggannya.  Di UKSB, kami berusaha untuk mengoptimumkan kos dan pada masa yang meningkatkan mutu penulisan supaya para pembaca mendapat bahan bacaan yang melebihi jangkaan mutu mereka, dan para pengiklan pula mendapat pulangan terhadap pelaburan di majalah kami.Antara majalah yang diterbitkan oleh Utusan karya Sdn Bhd