Utusan_Melayu
Utusan_Melayu

Utusan_Melayu

Utusan Melayu merupakan sebuah surat khabar yang diedarkan di Malaysia. Ia berformatkan tulisan jawi. Utusan Melayu ditubuhkan pada 29 Mei 1939. Akhbar ini merupakan sisipan akhbar nasional bagi Utusan Malaysia yang diedarkan setiap hari Isnin. Kandungan yang terdapat di dalam akhbar ini adalah bercirikan berita semasa dalam dan luar negeri, pendidikan jawi, cerpen, hiburan, dan sukan.Namun nama Utusan Melayu juga nama akhbar yang diterbitkan pada 1907 oleh penerbit akhbar Inggeris Free Press.Pengarangnya yang pertama ialah Mohd Eunos Abdullah . Ketika itu Mohd Eunos berusia 31 tahun dalam tahun 1876. Pada 1922, semasa beliau berusia 46 tahun, Mohd. Eunos dilantik sebagai ahli Majlis Kerajaan Tempatan Singapura.Beliau adalah anggota Melayu yang pertama di Dewan Perundangan Negeri-Negeri Selat (1924). Mohd. Eunos juga turut menjadi ahli Lembaga Penasihat Islam Singapura.Tahun 1926 Mohd Eunos mengetuai Kesatuan Melayu Singapura (KMS). Menurut Tan Sri Abdul Samad Ismail, KMS kemudian muncul sebgai pemangkin dan pencetus utama penubuhan pertubuhan-pertubuhan Melayu di seluruh Tanah Melayu sebelum dan selepas perang dunia kedua sehingga tertubuhnya UMNO pada Mei 1946. Namun begitu, Lembaga Pengarah Utusan Melayu Berhad (Utusan) telah membuat keputusan untuk menutup operasi syarikat itu pada Rabu, 9 Oktober 2019, setelah berpendapat bahawa syarikat tidak lagi solven untuk meneruskan perniagaan.

Utusan_Melayu

Pemilik Kumpulan Utusan
Bahasa Melayu
Pemihakan politik Pro-kerajaaan
Penerbit Kumpulan Utusan
Edaran 256,247
*Sumber: Audit Bureau of Circulations, 2004
Ibu pejabat 46M, Jalan Lima off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur,  Malaysia (as of 2005).
Format Pencetakan
Jenis Surat khabar mingguan Isnin