Sejarah V-u-den

v-u-den ialah kumpulan yang bermula sejak Ogos 2004. Kumpulan ini diketuai oleh Ishikawa Rika (bekas ahli Morning Musume), dan ahlinya Miyoshi Erika (Pemenang Hello! Project audition pada 2003), dan Okada Yui (pemenang Hello! Pro Egg Audition pada 2004).

Pada 26 September 2007, Single ke-9 mereka, Jaja Uma Paradise telah dipasarkan dan album kompilasi mereka yang berjudul v-u-den Single Best 9 Vol.1 Omaketsuki dipasarkan pada 21 November 2007.

Pada 26 Januari 2008, mereka telah mengumumkan dalam sebuah konsert bahawa kumpulan v-u-den akan dibubarkan pada Jun 2008 dan single terakhir telah dipasarkan pada 23 April 2008 yang berjudul Nanni mo Iwazu ni I LOVE YOU.

Pada 29 Jun 2008, kumpulan ini telah dibubarkan. Kumpulan ini akan kembali untuk menyanyi dalam album nyanyian semula Hello! Project iaitu Hello!Project Champloo ~Happy Marriage Song Shuu~ dengan ahli yang baru.