Keluaran V3_Samseng_Jalanan

Tayangan

Majlis Pratonton filem ini diadakan pada 25 Februari 2010 di Cathay Cineplex, Mutiara Damansara dan dihadiri oleh barisan pelakon dan pengarah filem ini, manakala tayangan perdana rasmi ialah pada 11 Mac 2010 di pawagam seluruh negara.[11]

Ulasan

Nur Safina Othman bagi pihak Tupai.com.my memberi 3/5 bintang kepada filem V3 Samseng Jalanan, dengan menekankan "jalan cerita yang dilihat lebih berat dan serius … lebih sarat dengan aksi yang lebih berani dan mendebarkan", tambahan pula lakonan Farid Kamil yang disifatkannya seolah-olah 'mat rempit sejati', tambahan pula mutu lakonan Lisa Surihani 'di luar jangkaan' sebagai antagonis.[12]

Ulasan dalam sisipan B*Pop Berita Minggu pula menyatakan "Luahan gejolak jiwa remaja turut diterjemahkan menerusi dialog barisan pelakonnya yang jelas menggambarkan kehidupan anak muda yang terbabit dalam aktiviti lumba haram … suntingan sehingga 20% daripada salinan asal tidak menjejaskan keseluruhan perjalanan V3: Samseng Jalanan"; tidak lupa memuji keberkesanan lakonan barisan pelakon, khususnya Farid selaku pemegang watak utama dan Lisa Surihani yang turut dianggap 'luar biasa', tetapi mengeluh sedikit kekuarangan dari segi pembinaan watak serta struktur naratif filem yang 'tidak ketara'.[13]

Kutipan pecah panggung

Pada minggu tayangan pertamanya (11 hingga 14 Mac), filem V3: Samseng Jalanan telah mengumpul sebanyak RM 2 juta, termasuk RM589,000 pada hari pertama[14] yang mengatasi kutipan empat hari Adnan Sempit, juga terbitan Metrowealth, yang hanya mencapai RM 500,000 pada hari pertamanya; tetapi hanya mampu menduduki tempat kedua carta kutipan di belakang Alice in Wonderland.[15]

Selepas dua minggu di pawagam, filem ini dilaporkan telah mengumpul sejumlah RM3.8 juta,[14] satu pencapaian yang dikira membanggakan untuk filem arahan sulung Farid Kamil, apatah lagi berlabel 18-PL.

Rujukan

WikiPedia: V3_Samseng_Jalanan http://74.125.153.132/search?q=cache:vCnuFSwqvHQJ:... http://mytupai.blogspot.com/2010/03/ulasan-v3-sams... http://www.imdb.com/title/tt1640617/ http://ohartis.com/2009/07/remp-it-v3-diharamkan/ http://malaysia.movies.yahoo.com/V3+Samseng+Jalana... http://www.bharian.com.my/bharian/articles/RM3_8ju... http://www.bharian.com.my/sisipan/bintangpopular/S... http://www.cinema.com.my/movies/movie_contents.asp... http://www.cinema.com.my/news/news.aspx?search=201... http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&d...