?Rx-only
Vaksin pneumokokus merupakan vaksin yang melawan bakteria Streptococcus pneumoniae.
[1] Penggunaan vaksin ini dapat mencegah beberapa kes
pneumonia,
meningitis, dan sepsis. Terdapat dua jenis vaksin pneumokokus: vaksin konjugat dan vaksin polisakarida. Ia diberikan sama ada melalui
suntikan ke dalam otot atau di bawah kulit.
[1]Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyarankan penggunaan vaskin konjugat dalam imunisasi rutin yang diberikan kepada kanak-kanak. Ini termasuk mereka yang menghidap
HIV/AIDS. Tiga atau empat dos disarankan, iaitu antara 71 hingga 93% keberkesanan mencegah penyakit teruk. Walaupun vaksin polisakarida berkesan dalam kalangan orang dewasa yang sihat, ia tidak berkesan dalam kalangan kanak-kanak yang berusia kurang daripada dua tahun dan mereka yang mempunyai fungsi imun yang lemah.
[1]Vaksin ini secara amnya adalah selamat. Dengan vaksin konjugat, kira-kira 10% bayi mengalami kemerahan pada tempat suntikan, demam atau perubahan tidur. Demam juga boleh berlaku. Alergi yang teruk amat jarang dilihat.
[1]Vaksin pneumokokus yang pertama dibangunkan dalam tahun 1980-an.
[1] Ia tersenarai dalam Senarai Ubat Penting Pertubuhan Kesihatan Sedunia, iaitu ubat paling penting yang diperlukan dalam sistem kesihatan asas.
[2] Harga borong vaksin ini pada tahun 2014 ialah kira-kira 17 dolar Amerika sedos.
[3] Di Amerika Syarikat, harganya ialah antara 25 hingga 100 dolar.
[4]