Penerimaan Valorant

Ketika mod beta tertutup dilancarkan pada 7 April, Valorant mencatatkan rekod baharu tontonan mengikut tempoh jam terbanyak dalam masa sehari di laman penstriman langsung, Twitch dengan jumlah tempoh tontonan mencecah 34 juta jam. Jumlah penonton pada hari tersebut pula mencecah 1.7 juta orang penonton, kedua terbanyak selepas pertandingan dunia League of Legends pada 2019. Secara amnya, rekod-rekod ini didorong oleh cara pemerolehan akses kepada permainan tersebut pada masa itu.[4]