Valéry_Giscard_d'Estaing
Valéry_Giscard_d'Estaing

Valéry_Giscard_d'Estaing

Valéry Marie René Georges Giscard d'Estaing [valeʁi ʒiskaʁ destɛ̃,va-lé-ri jis-kar dés-taeng] (lahir 2 Februari 1926) adalah seorang negarawan negarawan Perancis yang berkhidmat sebagai Presiden Republik Perancis dari 1974 hingga 1981.[1]Sebagai Menteri Kewangan di bawah Perdana Menteri Jacques Chaban-Delmas dan Pierre Messmer, beliau memenangi pilihan raya presiden 1974 dengan 50.8% undi terhadap François Mitterrand daripada Parti Sosialis. Tempohnya ditandakan dengan sikap yang lebih liberal terhadap isu-isu sosial seperti perceraian, kontrasepsi dan pengguguran-dan percubaan untuk memodenkan negara dan pejabat presiden, terutamanya melancarkan projek-projek infrastruktur yang luas seperti sistem kereta api TGV dan peralihan penggunaan kuasa nuklear sebagai sumber tenaga utama Perancis. Walau bagaimanapun, kemasyhurannya merosot berikutan ekonomi yang menyusul krisis tenaga 1973 lalu menandakan berakhirnya zamaan yang dikatakan sebagai kemakmuran hebat negara Perancis setelah redanya Perang Dunia Kedua iaitu "tiga puluh tahun yang gemilang" (Trente Glorieuses).Giscard d'Estaing menghadapi penentangan politik dari kedua-dua belah spektrum politik - haluan kiri diketuai François Mitterrand serta haluan kanan yang membangkang polisi beliau diketuai Jacques Chirac yang memberi nafas baharu kepada fahaman Gaullisme. Pada tahun 1981, walaupun beliau mendapat undia popular yang tinggi, beliau kalah dalam pilihan raya semula menentang Mitterrand, dengan 48.2% undian diraih.[2]

Valéry_Giscard_d'Estaing

Lahir Valéry Marie René Georges Giscard d'Estaing
(1926-02-02) 2 Februari 1926 (umur 94)
Koblenz, Jerman yang diduduki Perancis
Didahului oleh Wilfrid Baumgartner
Tandatangan
Alma mater École Polytechnique
École nationale d'administration
Pasangan Anne-Aymone Sauvage de Brantes (k. 1952)
Digantikan oleh Michel Debré
Parti politik CNIP (1956–1962)
FNRI (1966–1977)
PR (1977–1995)
UDF (1978–2002)
PPDF (1995–1997)
DL (1997–1998)
UMP (2002–2004)
Anak-anak 4, termasuk Henri dan Louis
Perdana Menteri Michel Debré
Georges Pompidou