Kerjaya Vee_Meng_Shaw

Beliau turut mengambil bahagian dalam perniagaan filem keluarganya sambil mengetuai beberapa pertubuhan program komuniti, penjagaan kesihatan, pendidikan, kesenian dan kebudayaan. Vee Meng Shaw dilahirkan sekitar tahun 1933, menyertai Malay Film Productions Ltd sebagai eksekutif studio pada tahun 1958 yang ketika itu berusia 25 tahun.[1]Beliau menyertai Studio MFP bersama sama sepupunya iaitu anak ketiga Runje Shaw (abang kepada Run Run Shaw), Shaw Vee Kong dan Shaw Vee Ngok untuk meneruskan perniagaan legasi keluarganya.