Sejarah Verivery

2018: Pra-debut

Jellyfish mengesahkan pada 23 Ogos 2018 bahawa mereka akan mendebutkan kumpulan lelaki dengan tujuh orang ahli[3][4] dan kemudian mengesahkan nama mereka sebagai Verivery, kumpulan lelaki pertama Jellyfish Entertainment dalam enam tahun sejak VIXX. Nama mereka berasal dari perkataan Latin 'veri' yang bermaksud 'truth (kebenaran)' dan perkataan Inggeris 'very (sangat)', Verivery adalah gabungan perkataan ‘various (pelbagai)', 'energetic (bertenaga)', 'real (nyata)' dan 'innovation (inovasi)'.[5]

Sebelum debut mereka, pada 3 September 2018 Mnet mendedahkan bahawa kumpulan ini akan membintangi rancangan realiti yang akan datang bernama Now Verivery: Real Road Movie . OST untuk rancangan realiti mereka yang bertajuk Super Special dikeluarkan pada 21 September 2018 bersamaan dengan penayangan rancangan realiti itu.[6]

2019: Debut dengan Veri-Us, Veri-Able dan Veri-Chill

Kumpulan ini secara rasmi memulakan debutnya pada 9 Januari 2019 dengan album mini pertama mereka Veri-Us dan single utamanya "Ring Ring Ring".[7]

Pada 24 April 2019, kumpulan ini mengeluarkan album mini kedua mereka Veri-Able dan single utamanya "From Now".[8]

Pada 31 Julai 2019, kumpulan ini mengeluarkan album single pertama mereka Veri-Chill dan single utamanya "Tag Tag Tag".[9]

2020–sekarang: Face Me, Road to Kingdom dan Face You

Pada 7 Januari 2020, mereka mengeluarkan album mini ketiga mereka Face Me dan single utamanya "Lay Back".[10] The EP marks as the first series of the FACE it trilogy.

Pada 20 Mac, diumumkan bahawa Verivery akan menyertai pertandingan realiti televisyen Mnet Road to Kingdom.[11] Mereka mara ke pusingan akhir dan mereka mengeluarkan lagu terakhir dari Road to Kingdom yang bertajuk "Beautiful-X" untuk persembahan terakhir dan mereka menduduki tempat kelima dalam keseluruhan program ini.

Pada 1 Julai 2020, Verivery mengeluarkan album mini keempat mereka Face You dan single utamanya "Thunder"[12]

Rujukan

WikiPedia: Verivery http://mtvdaily.asiae.co.kr/article.php?aid=154701... http://gaonchart.co.kr/main/section/chart/album.ga... http://gaonchart.co.kr/main/section/chart/album.ga... http://gaonchart.co.kr/main/section/chart/album.ga... http://gaonchart.co.kr/main/section/chart/album.ga... http://gaonchart.co.kr/main/section/chart/album.ga... http://www.gaonchart.co.kr/main/section/search/lis... http://www.ilyoseoul.co.kr/news/articleView.html?i... http://osen.mt.co.kr/article/G1111326771 https://www.facebook.com/theverivery/