Penerbitan Vik2ria_Secret

Vik2ria Secret diarahkan oleh A.R. Badul dengan idea asal oleh beliau sendiri bersama pelakon utama filem ini, Annie Arifin yang turut berkhidmat sebagai penerbit. Menurut Badul, jalan cerita asal filem ini memaparkan kisah rahsia wanita atau cerita 'dalam kain', malah beliau mengakui terpaksa akur apabila beberapa babak yang sedikit berani dalam filem ini terpaksa diubah mengikut kesesuaian penonton tempatan.[1]

Penerbit Vik2ria Secret, Richard Ung berkata tajuk asal filem ini ialah Bra Merah kerana idea itu diperoleh daripada salah seorang rakan karibnya yang juga bekas Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).[3] Namun, ia ditukar kepada Vik2ria Secret kerana menurut Ung, ia dianggap "kurang sesuai dengan penerimaan penonton selain kedengaran kurang sopan".[1]

Tajuk filem ini ialah parodi kepada jenama produk wanita Amerika, Victoria's Secret.[4]