Penerbitan Villa_Nabila

Penerbitan filem berdasarkan Villa Nabila mulai hangat diperkatakan pada tahun 2013 selepas kes kehilangan 23 orang remaja di situ.[5][6][7][8] Expedia.com menyenaraikan tempat ini sebagai antara lima kawasan paling berhantu di Malaysia.[9] Pada mulannya, KRU Studios dan MIG yang pertama tampil untuk membuat filem berdasarkan kisah di Villa Nabilla. Penerbit MIG, David Teo mulanya merancang akan menjadikan filem tersebut sebagai sekuel kepada filem Highland Towers.[10][11][12][13][14] Walau bagaimanapun, akhirnya Skop Productions yang berjaya mendapatkan hak penerbitan filem yang menggunakan tajuk ini dari FINAS, seminggu selepas kes kehilangan remaja tersebut dilaporkan.[15]

Syafiq Yusof awalnya mahu menjadikan filem ini sebagai telefilem dokumentari[16] berdasarkan dokumentari yang telahpun disiapkan oleh Daniel Matin dan Rosalli Azrin mengenai kehilangan remaja tersebut namun menukar fikiran pada saat-saat akhir.[17] Walaupun menghasilkan misteri Villa Nabila, jelas Syafiq, pihaknya tidak merakam peristiwa sebenar, sebaliknya ia berupa rangkuman beberapa cerita mistik yang dikaitkan dengan kediaman usang itu.[18][19][20]

Rujukan

WikiPedia: Villa_Nabila http://mynewshub.cc/2015/01/18/datuk-yusof-haslam-... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/filem-lak... http://beautifulnara.com/david-teo-bakal-filemkan-... http://www.guatv.com/2013/11/budak-hilang-selepas-... http://www.imdb.com/title/tt5699652/ http://malaysianreview.com/32117/kes-villa-nabila-... http://malaysianreview.com/96142/filem-villa-nabil... http://www.rotikaya.com/david-teo-rancang-terbitka... http://www.rotikaya.com/villa-nabila-lagenda-hantu... http://www.skorbintang.com/filem/villa-nabila-2015...