Vince Chong

Vincent Chong Ying-Cern (Cina Ringkas: 张英胜, Cina Tradisional: 張英勝) (dilahirkan pada 30 September 1979), dikenali ramai sebagai Vince, merupakan bintang nyanyian hasil rancangan televisyen realiti yang pertama dalam sejarah Malaysia dengan menjuarai musim pertama Akademi Fantasia. Vince ialah sorang artis R&B yang popular yang juga seorang penulis lagu. Kenamaan Vince mula menembusi peringkat antarabangsa setelah bergandingan dengan Nikki Gil dan Alicia Pan untuk merakam lagu tema High School Musical, Breaking Free (versi Asia).

Vince Chong

Nama asal 张英胜
Juga dikenali sebagai Vince, Vince Chong
Pengkarya berkait Nora, Yasin Sulaiman, Nikki Gil
Kelahiran (1979-09-30) 30 September 1979 (umur 40)
Kuala Lumpur, Malaysia
Tahun aktif 2003 - kini
Genre Pop
Syarikat rakaman Masestro Records
Pekerjaan Penyanyi
Instrumen Vokal
Nama lahir Vincent Chong Ying-Cern