Violet_Coulson

Violet Coulson ialah teman wanita Tunku Abdul Rahman semasa belajar di Cambridge. Pada tahun 1933, semasa Tunku telah berkahwin dengan Mariam, Tunku telah membawa Violet Coulson melancong ke Medan, Indonesia. Kerabat diraja Kedah dilarang berkahwin dengan wanita Inggeris, sebagaimana dengan Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid yang terpaksa pindah ke Bangkok dan bekerja di sana dalam bidang ketenteraan. Untuk sebab kerabat diraja Kedah tidak dibenarkan berkahwin dengan orang Inggeris, sila lihat: Sejarah Pulau Pinang.Apabila Mariam meninggal dunia kerana demam malaria di Kuala Nerang, Tunku segera berkahwin dengan Violet Coulson. Majlis perkahwinan dengan Violet Coulson diadakan di Geylang Serai, Singapura dan disaksikan, antara lain Syed Ahmad al-Sagoff. Lantaran Tunku 'melanggar adat kerabat diraja Kedah', Tunku dipindahkan dari Kuala Nerang ke Pulau Langkawi, Kedah. Violet Coulson dibawa ke Pulau Langkawi, satu pulau yang amat mundur ketika itu. Kemudian Tunku dipindahkan Sungai Petani. Di Sungai Petani, Violet Coulson lebih gemar bercampur gaul dengan isteri-isteri pegawai Inggeris. Dalam satu pertengkaran dengan Tunku pada tahun 1937, Violet mengatakan wanita Melayu sebagai tidak bertamadun dan bodoh. Atas sebab tersebut dan sebab lain, Tunku naik berang. Akhirnya, mereka bercerai dan Violet pulang ke England.Pada tahun 1938, Tunku belajar semula bidang undang-undang buat kali ketiga. Tunku berbaik-baik semula dengan Viloet Coulson yang belum diceraikan secara rasmi. Tunku kembali ke Kedah pada tahun 1939 kerana ada ura-ura perang akan meletus di Eropah. Pengajian undang-undangnya belum tamat,dan beliau hanya menamatkan pengajiannya pada tahun 1949.