Visual_FoxPro

Visual FoxPro ialah sebuah bahasa pengaturcaraan bertatacara dan berorientasi objek berpusatkan data (data-centric) yang dikeluarkan oleh Microsoft. Ia terhasil daripada FoxPro (pada asalnya dikenali sebagai FoxBASE) yang dimajukan oleh Fox Software pada awal 1984. Fox Technologies bergabung dengan Microsoft pada 1992 dan atur caranya mendapat ciri-ciri tambahan dan awalan "Visual". Versi terakhir FoxPro (2.6) boleh dilaksanakan menggunakan sistem pengendalian Mac OS, DOS, Windows, dan UNIX: Visual FoxPro 3.0, versi "Visual" pertama, menyingkir sokongan pelantar hanya kepada Mac dan Windows, dan versi berikutnya hanya pelantar Windows sahaja. Versi terkini Visual FoxPro adalah berasaskan COM dan Microsoft telah menyatakan bahawa mereka tidak berniat untuk mencipta versi Microsoft .NET.FoxPro adalah ahli kepada bahasa dalam kelas yang biasanya dirujuk sebagai bahasa "xBase", di mana sintaksnya berasaskan bahasa pengaturcaraan dBase. Ahli lain keluarga bahasa xBase termasuk Clipper dan Recital. (Sejarah awal xBase boleh di lihat dalam rencana dBASE.)Visual FoxPro, biasanya diringkaskan sebagai VFP, biasanya dianggap umum sebagai hanya sistem pengurusan pangkalan data - database management system (DBMS). Ini menidakkan fakta bahawa ia merangkumi bukan hanya enjin DBMS, tetapi juga ciri penuh bahasa pengaturcaraan. Ia boleh digunakan bukan sahaja untuk menulis perisian pelanggan gemuk - fat client, tetapi juga bagi middleware dan penggunaan web.