Sumber Vitamin_B12

Vitamin B12 boleh didapati dari makanan seperti daging (terutamanya hati dan kerang-kerangan), telur dan hasil tenusu. Bijirin sarapan diperkuat juga biasanya mempunyai vitamin ini, dan merupakan sumber utama untuk vegetarian dan vegan. Jadual 1 menyenaraikan pelbagai jenis sumber vitamin B12.

Vitamin B12 juga dikatakan banyak terdapat di dalam budu, yang merupakan makanan tradisional kesukaan rakyat Kelantan dan Terengganu. [1] [2]