Sejarah Vladimir_Lenin

Bapanya seorang guru sekolah kerajaan. Lenin telah terlibat dalam pemberontakan sejak muda lagi iaitu apabila abangnya, Aleksandr, dikenakan hukuman mati pada 1887 kerana terbabit dalam rancangan membunuh Tzar Alexander III.

Sewaktu muda, beliau mempelajari bidang undang-undang di University of Kazan, tetapi telah dibuang dari universiti kerana penglibatannya dalam gerakan revolusi. Walaupun begitu, beliau telah belajar dengan sendiri dan menceburi bidang undang-undang sebagai seorang peguam. Namun kerjayanya telah berakhir dalam waktu yang singkat kerana minatnya yang mendalam akan ajaran Karl Marx. Beliau kerap menyebarkan propaganda Karl Marx kepada para pekerja terutamanya di St. Petersburg. Akibatnya, beliau telah dibuang negeri ke Siberia pada 1895 yang berakhir pada 1900. Selepas itu beliau telah meninggalkan Rusia untuk meneruskan gerakan revolusinya di luar negara.