Penerbitan Voice_Note

Semasa penggambaran drama ini dijalankan, beberapa pelakon diminta melakonkan babak berunsur lucah dan intim. Bagaimanapun, adegan terlalu intim membabitkan Ikmal Amry dan Scha Elinnea dipotong kerana tidak melepasi proses penapisan.[4] Penerbit drama ini, Fadzil meluahkan kekecewaannya terhadap tindakan pengarahnya, Azmi Hatta mewujudkan adegan lucah dalam drama ini sambil mengatakan Zeel Production tidak pernah mewujudkan adegan lucah untuk melariskan drama: "Sebagai penerbit, saya malu dan tak pernah 'menjual' adegan lucah mahupun seks untuk melariskan drama terbitan syarikat kami,".[5]