Vokal (siri TV)

Vokal...Bukan Sekadar Rupa ialah sebuah rancangan pertandingan nyanyian yang dianjurkan dan disiarkan oleh TV3. Rancangan ini diperkenalkan pada tahun 2011 dengan tujuan mencari bakat berdasarkan mutu nyanyian sahaja tanpa tertumpu pada paras rupa, dan ini dilakukan dengan para juri yang menilai peserta yang bernyanyi tanpa menunjukkan wajahnya atas pentas sewaktu bertanding.Pertandingan Vokal (Musim 1) ini dimenangi oleh Norhasmidar Ahmad (Asmidar) pada 2011 dan Mohd Yusof Ahmad (Uchop) pada Vokal (Musim 2) pada 2012.

Vokal (siri TV)

Genre Pertandingan nyanyian
Siaran asal 16 Oktober 2011 - 25 Disember 2011
(musim 1), – 24 Oktober 2012 - 26 Disember 2012
(musim 2)
Juri Azmeer
(Musim 1)
Erra Fazira
(Musim 1)
Hattan
(Musim 2)
Ziana Zain
(Musim 2)
Penerbit eksekutif Muhamad Sufian Che Isa
Saluran asal TV3
Penerbit Ahmad Shaifullizam Arshad
Pengacara Faizal Ismail
(Musim 1 & 2)