Vokal_tengah
Vokal_tengah

Vokal_tengah

Vokal tengah ialah bunyi vokal yang mana lidah terletak di separuh jarak dari vokal luas dan vokal sempit. Satu-satunya vokal tengah yang diberi aksara khusus dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) ialah vokal pusat tengah [ə], iaitu aksara yang juga digunakan untuk vokal schwa. IPA membahagikan ruang vokal kepada tiga pertiga, iaitu vokal separuh sempit ([e], [o]) dan vokal separuh luas ([ɛ], [ɔ]) sama jarak ruang formannya antara vokal luas ([a]) dan vokal sempit ([i], [u]). Oleh itu, vokal depan tengah sebenar boleh ditulis sebagai vokal diturunkan [e̞] atau dinaikkan [ɛ̝]. Kecil sekali bilangan vokal yang membezakan ketiga-tiga ketinggian vokal tengah, kerana sesebuah bahasa jarang membezakan lebih daripada empat ketinggian vokal depan atau belakang yang sebenar. Salah satunya ialah loghat Amstetten dalam bahasa Jerman Bavaria, yang membezakan empat ketinggian vokal depan tak bundar, depan bundar dan belakang selain satu vokal pusat luas, keempat-empatnya ditulis dengan aksara IPA berikut /i e ɛ æ/, /y ø œ ɶ/, /u o ɔ ɑ/, dan /a/.Bagaimanapun, vokal-vokal yang ditulis /æ ɶ ɑ/ adalah satu pertiga jarak dari vokal luas /a/ dan vokal sempit /i y u/, maka menepati definisi vokal separuh luas oleh IPA [ɛ œ ɔ]. Oleh itu, loghat Bavaria Amstetten boleh diterima sebagai contoh bahasa yang membezakan vokal tengah dengan vokal separuh luas dan separuh sempit.