Penemuan WISE_1049-5319

Ahli astronomi Kevin Luhman telah menemui bintang-bintang kerdil perang ini di dalam gambar-gambar yang dihasilkan oleh Penjelajah Tinjauan Inframerah Pandangan Luas (WISE). Penemuannya telah diumumkan pada 2013.[2][1] Luhman mengajar di Universiti Negeri Pennsylvania dan merupakan seorang pengkaji di Pusat Eksoplanet dan Dunia Boleh Didiami Negeri Pennsylvania.[2]

Sistem ini pertama kali ditemui dengan membandingkan gambar-gambar WISE pada epok-epok yang berbeza untuk mendedahkan objek-objek yang mempunyai gerakan wajar yang tinggi. Pengesanan-pengesanan seterusnya ditemui di dalam gambar-gambar daripada Tinjauan Langit Didigitalkan, Tinjauan Seluruh Langit Dua Mikron dan Tinjauan Hampir Inframerah Mendalam Langit Selatan.[1]

Di langit, WISE 1049-5319 berada hampir dengan satah galaksi yang dihuni secara padat oleh bintang, menyebabkannya sukar untuk mengesan objek-objek malap dan ini menjelaskan mengapa objek yang sebegini hampir dengan Matahari tidak ditemui dalam carian-carian sebelum ini.[1]

Penemuan bintang kembar

Bintang kedua dalam sistem ini juga ditemui oleh Luhman pada 2013. Gambar penemuannya di dalam jalur i diambil pada malam 23 Februari 2013 dengan Spektrograf Pelbagai Objek Gemini (GMOS) di Teleskop Selatan Gemini, Chile. Komponen-komponen sistem ini ditemui dengan jarak sesudut 1.5 arkasaat yang bersamaan dengan pemisahan ramalan sebanyak 3 AU, dan perbezaan magnitud sebanyak 0.45 mag.[1]