Wabak Mesir
Wabak Mesir

Wabak Mesir

Wabak Mesir (Ibrani: מכות מצרים, Makot Mitzrayim) atau Sepuluh Wabak (עשר המכות, Eser Ha-Makot) merupakan sepuluh bencana yang diturunkan kepada masyarakat Mesir purba oleh Tuhan dalam kitab lama Exodus, bab 7 - 12, untuk memaksa Firaun (kebarankalian Ramesses II, yang dikatakan firaun bagi Penindasan Horemheb) untuk membebaskan Bani Israel. Al-Quran tidak menyebutkan sepuluh bencana ini seperti yang disebutkan dalam Injil dan Taurat dengan panjang tetapi Quran menyebutkan secara jelas 5 penderitaan (surat 7:133) iaitu:Wabak tersebut adalah:Walau bagaimanapun, semua wabak tersebut tidak mengena Bani Israil dan harta mereka dan wabak terakhir tersebut dihindari dengan melakukan korban kambing Paschal, menandakan pintu rumah mereka dengan darah kambing dan memakan daging korban tersebut yang telah dipanggang bersama dengan Matzot ("Roti Orang Miskin" לחם עוני) dalam satu jamuan keraian. Taurat menerangkan yang Tuhan melintasi melalui Mesir untuk mengambil nyawa semua anak sulung, tetapi hanya lintas lalu (yang kemudian diingati sebagai "Passover" - lintas lalu) rumah yang mempunyai tanda darah kambing pada pintu mereka. Wabak inilah yang membuatkan Firaun akhirnya mengalah dan membebaskan Bani Israil ke mana sahaja mereka mahu pergi.Taurat turut mengaitkan arahan Tuhan kepada Nabi Musa a.s. yang peristiwa pelarian Bani Israil haruslah disambut dan diraikan setiap tahun pada cuti Passover ("Pesah" פסח); upacara yang memperingati keadaan ketika kaum Israil melarikan diri. Taurat turut menambah yang Tuhan membiarkan anak sulung kelahiran Bani Israil sebagai rasional kepada rukun penebusan anak sulung (Exodus 13:11-16). Peristiwa ini juga diingati dalam puasa anak sulung pada hari sebelum Passover yang secara tradisinya tidak di dilakukan kerana perayaan siyum diadakan yang membuatkan puasa tersebut tidak perlu.

Berkaitan