Walther_G22


Walther G22 merupakan rifal semi-automatik kebuk katrij .22 Long Rifle yang popular. Ia menggunakan reka bentuk bullpup dan dibina menggunakan polimer dan besi.Sebagaimana reka bentuk kebanyakan Bullpup, ia tidak boleh ditembak menggunakan tangan kiri kerana liang lenting yang hampir dan tuil selak dengan muka penembak. Bagaimanapun, belakangnya direka agar liang lenting dan tuil selak boleh dialih ke sebelah bagi penembak kidal. Kelopak peluru tambahan, dipegang oleh geseran, disimpan dalam hulu polimer di belakang perigi kelopak peluru.[1]