Kerjaya Wan_Ahmad_Fayhsal_Wan_Ahmad_Kamal

Selepas tamat pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, beliau bertugas di syarikat carigali minyak terkemuka Malaysia, PETRONAS sebagai Eksekutif Perniagaan dan Perancangan Strategik di Bahagian Teknologi & Kejuruteraan.

Bermula 1 April 2010, beliau telah dilantik sebagai Senior Eksekutif bagi Unit Teraju serta merupakan antara individu yang bertanggungjawab dalam menubuhkan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera di bawah kelolaan Pejabat Perdana Menteri Malaysia.

Beliau juga pernah menjadi pembantu pensyarah di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor sebelum menjadi Zamil Penyelidik di Putra Business School, Universiti Putra Malaysia.

Sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan, beliau adalah Pegawai Khas kepada Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dari 2018-2020 lalu.[3]

Pada 16 Ogos 2020, beliau secara rasmi telahpun diumumkan sebagai Ketua ARMADA Nasional yang pertama dipilih melalui pemilihan parti sejak penubuhan BERSATU [4]