Wan_Muzaffar

Wan Muzaffar atau Ristoe yang dilahirkan pada (1982-08-03) 3 Ogos 1982 (umur 37) merupakan pemain dram kumpulan New Boyz yang kedua selepas Along. Selain New Boyz, Ristoe merupakan pemain dram untuk kumpulan Servent Jamm (1997-kini), Love Machine (2006), Bau (live stage performance 2007), Abstrak Hingga Ke Bulan (2008), Stellar (2009-kini) dan banyak lagi. Ristoe juga mempunyai kelulusan dalam Diploma Seni Muzik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada tahun 2003.Selain itu, Ristoe juga pernah mengajar muzik secara profesional di beberapa sekolah muzik swasta antaranya di Klang Music Center, Tarega Music Shah Alam & Klang, Tohkemy Music Academy Klang, Mahogany Music Shah Alam & beberapa lagi sekolah muzik di sekitar Bangsar, Seri Petaling dan Ampang.Pada tahun 2007 hingga pertengahan 2009, Ristoe aktif dalam menguruskan "event company" yang ditubuhkan & aktif mengadakan persembahan dari tahun 2001 di samping menguruskan segala hal berkaitan pengurusan muzik live di sekitar Kuala Lumpur atas nama Seattlewangsa Music Scene. Selepas itu beliau banyak menguruskan hal berkaitan audio untuk persembahan live, majlis-majlis korporat & sessionist untuk rakaman studio.Tahun 2009-2012 Wan Muzaffar @ Ristoe aktif menjalankan tugas-tugas audio dan menjalankan projek album terbarunya bersama band BANDBiN.