Wander_Over_Yonder
Wander_Over_Yonder

Wander_Over_Yonder

Wander Over Yonder ialah sebuah siri animasi televisyen Amerika Syarikat di Disney XD yang dicipta oleh Craig McCracken yang mengikuti Wander dan sahabat baik dan tunggangannya Sylvia. Wander yang suka mengembara dan optimistik menunggang merentasi galaksi untuk membantu orang hidup dengan bebas melawan niat Lord Hater untuk memerintah alam semesta. Siri ini merupakan terbitan pertama McCracken untuk Disney Television Animation; beliau sebelum ini mengetuai The Powerpuff Girls dan Foster's Home for Imaginary Friends untuk Cartoon Network.Siri ini pada asalnya disiarkan di Disney Channel pada 16 Ogos 2013. Episod-episod baharu dipindahkan semasa musim pertamanya ke Disney XD pada 31 Mac 2014.Pada 23 Jun 2014, Disney memperbaharu siri ini untuk musim kedua. Satu set 11 tayangan singkat seminit disiarkan di rangkaian itu mulai 20 Julai 2015 untuk mempromosikan musim kedua yang pertama kali ditayangkan pada 3 Ogos 2015.Pada 5 Mac 2016, Craig McCracken mengumumkan bahawa rancangan ini tidak akan diperbaharu untuk satu lagi musim dan bahawa musim kedua akan menjadi musim terakhir. Beliau menyatakan bahawa beliau mempunyai rancangan untuk meneruskannya tetapi Disney enggan menempah lebih episod. Penamat siri setengah jam berjudulkan "The End of the Galaxy" disiarkan pada 27 Jun 2016 di Disney XD.

Wander_Over_Yonder

Bahasa Inggeris
Penggubah Andy Bean
Negara asal Amerika Syarikat
Syarikat pengedaran Disney–ABC Domestic Television
Penerbit eksekutif Craig McCracken
Pelakon suara
Pengarah Dave Thomas (pengarah menyelia)
Lagu pembukaan "Wander Over Yonder Main Title"[1]
Penerbit
  • Lisa Furlong Jones
  • Laurens Fein
Format audio Dolby Digital 5.1
Penggubah lagu tema Two Man Gentlemen Band
Syarikat penerbitan Disney Television Animation
Tempoh siaran
  • 22 minit (kedua-dua segmen)
  • 11 minit (satu segmen)[2]
Siaran asal 16 Ogos 2013 (2013-08-16) – 27 Jun 2016 (2016-06-27)
Pencipta Craig McCracken
Bilangan episod 43 (79 segmen) (Senarai episod)
Genre
Bilangan musim 2
Saluran asal