Wang

Wang (Tulisan Jawi: واڠ) atau duit merujuk sesuatu objek atau barang yang diterima masyarakat umum dan sah di sisi undang-undang sebagai medium pertukaran dalam urusan jual beli dan urusniaga lain. Wang juga berfungsi sebagai penyimpan nilai, unit akaun, dan piawai langsaian hutang.[1]Dalam kegunaan harian, wang dirujuk sebagai mata wang atau wang kertas dan syiling yang berada dalam edaran sesebuah negara yang mempunyai status tender sah seperti ringgit; dan juga dalam pelbagai bentuk akaun deposit kewangan seperti akaun simpanan, akaun semasa dan sijil deposit. Dalam sistem ekonomi moden, mata wang adalah komponen terkecil dalam bekalan wang.Wang tidak mempunyai nilai benar tetapi digunakan sebagai pengukur nilai yang menjadi alternatif mudah kepada sistem barter. Tanpa wang, sistem ekonomi menjadi tidak cekap kerana sistem barter memerlukan keperluan serentak antara mereka yang mahu menukar barang, dan persetujuan bahawa pertukaran barangan ini mestilah sama nilai sebelum pertukaran barter berlaku. Dengan wang, seseorang hanya perlu membayar wang kepada penjual untuk mendapatkan barang berkenaan. Penjual pula boleh menggunakan wang tersebut untuk mendapatkan barang yang diperlukannya.Penggunaan wang dalam masyarakat menggalakkan perdagangan yang meningkatkan pembahagian kerja, yang menaikkan produktiviti dan kekayaan secara menyeluruh.

Rujukan

WikiPedia: Wang http://www.amosweb.com/cgi-bin/awb_nav.pl?s=wpd&c=... http://www.bloomberg.com/markets/currencies/fxc.ht... http://www.economist.com/markets/bigmac/displaySto... http://www.etymonline.com/index.php?term=money http://www.financialsense.com/editorials/morgan/07... http://www.bu.edu/wcp/Papers/Econ/EconShep.htm http://www.federalreserve.gov/pf/pdf/pf_2.pdf http://www.bep.treas.gov/section.cfm/8/39 http://www.bis.org/publ/work137.htm http://www.econlib.org/library/mises/msT1.html