Wangsa_Hasyimiah

Wangsa Hasyimiah (Latin: Hashemite; Bahasa Arab: هاشمي‎, terjemahan: Hāšimī) secara tradisionalnya merujuk kepada Bani Hashim, atau "suku kaum keturunan Hashim", suatu puak terbesar kaum Arab Quraisy. Ia juga merujuk kepada dinasti Arab yang bersangkutan dengan cabang susur galur keturunan Nabi Muhammad bermula dari Lembah Hijaz, Semenanjung Tanah Arab. Wangsa Hasyimiah juga juga dikenali sebagai Kerabat DiRaja Jordan. Ini kerana keluarga Diraja pemerintah Jordan atau Raja Jordan tergolong dalam kerabat ini.