Sejarah Wangsa_Hasyimiah

Susur galur genealogi keluarga Hasyimiah menunjukkan keluarga ini ialah dari keturunan Nabi Muhammad .[1][2][3][4][5]

Wangsa Hasyimiah[6] adalah berketurunan susur galur dari Hashim ibn Abd al-Manaf (meninggal dunia pada c. 510 AD), Hashim merupakan moyang kepada Nabi Muhammad . Namun definisi pada hari ini lebih menumpukan keturunan Nabi Muhammad adalah melalui anak perempuan baginda iaitu Fatimah.[7] Sejarah awal Wangsa Hasyimiah menunjukkan penentangan berterusan yang cukup kuat dari Kerajaan Bani Umayyah kerana Bani Umayyah dilihat lebih mengawal sistem khalifah atau pewaris pemerintahan Nabi Muhammad . Bani Umayyah secara amnya berkongsi jurai keturunan yang sama dengan Wangsa Hasyimiah dengan menjadikan 'Abd al-Manâf bin Qusai sebagai permulaan jurai. Namun penguasaan Kerajaan Bani Umayyah tidak berkekalan apabila, Kerajaan Bani Abbasiyyah mula berjaya menjatuhkan Kerajaan Bani Umayyah. Kerajaan Bani Abbasiyah pula berjuraikan keturunan dari Abbas bin Abdul Muttalib iaitu salah seorang bapa saudara dan sahabat Nabi Muhammad . Kerajaan Bani Abbasiyyah dilihat lebih memihak kepada Wangsa Hasyimiah kerana jurai keturunan mereka sangat rapat dan dekat berbanding jurai keturunan Bani Umayyah selain bercita-cita memecahkan monopoli penguasaan empayar Islam dari kerajaan tersebut di Timur Tengah. Sejarah juga jelas merekodkan bapa Nabi Muhammad iaitu Abdullah bin Abdul Muttalib meninggal dunia sebelum Nabi Muhammad dilahirkan oleh ibunya Aminah. Atas kematian Abdullah dan seterusnya kematian ibunya Aminah, Nabi Muhammad telah dijaga dan dipelihara oleh pakciknya iaitu Abu Talib yang juga ketua Bani Hashim.[8]

Dari kurun ke-10 hingga ke atas, Sharif (ketua agama Islam) di Makkah dan Emir (gabenor penguasa) secara tradisionalnya telah menjalinkan perjanjian dengan Wangsa Hasyimiah. Sebelum Perang Dunia I, Hussein bin Ali dari klan Wangsa Hasyimiah Dhawu-'Awn telah memerintah Hijaz dibawah pemerintahan Sultan di Empayar Uthmaniyyah. Dalam sesetengah waktu, menerusi konsep Sublime Porte, pemilihan calon Emir Makkah ditentukan oleh calon kumpulan klan. Pada tahun 1908, Hussein bin Ali telah dipilih mejadi Emir Makkah. Beliau mendapati dirinya semakin bertentangan dengan golongan Turki Muda dalam mengawal di Istanbul, sementara beliau berusaha untuk mendapatkan kedudukan keluarganya sebagai keturuan Emir.