Peninggalan Wangsa_Saljuk

Bani Seljuk ini dididik dalam kebudayaan Islam sebagai hamba atau pedagang. Wangsa ini berjaya memberi nafas baru kepada kebudayaan tamadun Islam dan mengakhiri dominasi Arab dan Parsi dalam tamadun Islam. Seljuk juga terkenal sebagai penaung kebudayaan dan kesusasteraan Islam. Ketika zaman Seljuk, banyak universiti-universiti dibina seperti Universiti Nizamiyah di Baghdad. Omar Khayyam pula merupakan ahli astronomi Islam yang hidup ketika zaman Seljuk.