Niyoga Wanita_Hindu

Niyoga (Sanskrit: नियोग) adalah satu tradisi purba Hindu, di mana seorang wanita dibenarkan untuk melantik seorang lelaki untuk memberinya zuriat. Amalan ini hanya dibenarkan untuk seorang wanita yang telah berkahwin tetapi suaminya mandul, tidak boleh memberikan zuriat atau telah meninggal dunia tanpa zuriat. Tujuan Niyoga adalah untuk mendapatkan anak untuk pasangan suami isteri terlibat. Lelaki yang dilantik untuk melakukan Niyoga mestilah seorang yang berkelakuan baik dan dihormati. Terdapat beberapa perkara yang perlu dipatuhi dalam proses Niyoga, seperti berikut:

  1. Seorang wanita hanya akan bersetuju untuk proses Niyoga demi mendapatkan seorang anak yang sah dan bukannya untuk nikmat batin.[5]
  2. Lelaki yang dilantik untuk melakukan Niyoga demi Dharma, untuk membantu seorang wanita melahirkan anak untuk suaminya dan bukannya untuk nikmat batin.
  3. Anak yang lahir melalui proses ini dianggap sebagai anak yang sah kepada suami-isteri terlibat dan bukannya sebagai anak lelaki yang dilantik
  4. Lelaki yang dilantik untuk Niyoga tidak mempunyai sebarang hak atau pertalian sebagai bapa kepada anak itu.
  5. Bagi mengelakan penyalahgunaan sistem ini, seorang lelaki hanya dibenarkan maksimum tiga kali sepanjang hayatnya untuk dilantik bagi tujuan ini.
  6. Semua aktiviti seksual kecuali persetubuhan untuk tujuan persenyawaan tidak dibenarkan.

Dalam Manusmṛti, Niyoga diberikan dalam IX.59-63, tetapi amalannya dihalang pada IX.64-68. Teks (IX.167) menamakan anak yang lahir melalui proses ini sebagai kshetraja, anak suami dan isteri terlibat.[6]

Niyoga dalam Mahabharata

Epik Mahabharata memberikan dua keadaan di mana Niyoga digunakan. Permaisuri Satyavati mendesak puteranya, Rishi Vyasa untuk melakukan Niyoga dengan menantu-menantunya, Ambika dan Ambalika selepas kematian puteranya, Vichitravirya. Ambika dan Ambalika dan seorang dayang masing-masing melahirkan Dhritarashtra, Pandu dan Vidura. Apabila Pandu disumpah agar dia akan mati sekiranya melakukan persetubuhan, kedua-dua isteri Pandu, Kunti dan Madri melahirkan lima Pandava menggunakan proses Niyoga.