Sejarah Wanna_One

Pra-debut : Produce 101 musim 2

Wanna One dibentuk menerusi pertandingan 'Produce 101 Season 2' yang disiarkan di Mnet dari 7 April hingga 16 Jun 2017. Dari 101 peserta pelatih yang mewakili pelbagai agensi, 11 orang dipilih oleh penonton melalui undian dan diumumkan menerusi secara langsung di televisyen.[2]

Sebelum muncul di program ini, beberapa ahli telah aktif dalam industri hiburan. Park Ji-hoon adalah seorang pelakon kanak-kanak dan telah muncul dalam Drama Korea seperti Kimchi Cheese Smile dan The King and I .[3] Dia juga pernah muncul dalam beberapa acara realiti bersama Big Bang dan SS501.[4] Pada tahun 2012, Hwang Min-hyun memulakan debut sebagai ahli kumpulan NU'EST. Kim Jae-hwan mula muncul di Korea Got Talent Season 2 tetapi telah tersingkir semasa separuh akhir. Pada tahun 2014, Ha Sung-woon memulakan debut dalam kumpulan Hotshot.

2017: Debut dengan 1X1=1 (To Be One) dan 1-1=0 (Nothing Without You)

Wanna One menandatangani kontrak dengan YMC Entertainment (yang sebelum ini berjaya dimenangi oleh kumpulan musim pertama,I.O.I). Tidak seperti I.O.I, ahli Wanna One tidak dibenarkan menyertai aktiviti lain dengan agensi asal mereka.[5]

Wanna One mengambil bahagian dalam konsert akhir pada 1 dan 2 Julai 2017 di Olympic Hall, Seoul untuk menandakan berakhirnya Produce 101 Season 2 .[6][5] Wanna One secara rasminya debut dalam acara bertajuk Wanna One Premier Show-Con di Gocheok Sky Dome pada 7 Ogos 2017.[7][8] Mereka mengeluarkan album mini debut mereka 1×1=1 (To Be One) pada 8 Ogos 2017, dengan single "Energetic" yang dihasilkan oleh Hui dari Pentagon dan FlowBlow , dan lirik ditulis oleh Hui dan Wooseok dari Pentagon.[9][10][11]

Pada 13 November, Wanna One mengeluarkan album ulangan mereka, 1-1=0 (Nothing Without You, dengan single utama "Beautiful".[12] Dengan gabungan penjualan album pertama dan edisi ulangan semula, Wanna One menjadi kumpulan Kpop ketiga yang dapt menjual satu juta salinan dari album debut mereka. dan yang pertama sejak Seo Taiji and Boys melakukannya dengan debut mereka eponymous debut pada tahun 1992.[13][14]

2018–sekarang: Golden Age Begins, projek unit dan jelajah dunia

Pada bulan Februari, Wanna One memuat naik satu siri gambar teaser bertajuk 2018 Golden Age Begins.[15] Pada 5 Mac, Wanna One mengeluarkan lagu khas, "I Promise You (I.P.U.)" bersama-sama dengan video muzik lagu tersebut.[16] Telah diumumkan bahawa preorderuntuk album mini kedua mereka, 0+1=1 (I Promise You) telah melebihi 700,000 salinan, memecahkan rekod sebelumnya.[17] Album tersebut dirilis pada 19 Maret, bersamaan dengan singel utama "Boomerang".[18]

Pada bulan April, Wanna One mengumumkan bahawa ahli akan dibahagikan kepada beberapa unit dan bekerjasama dengan artis lain seperti Dynamic Duo, Zico, Nell dan Heize untuk album istimewa mereka yang akan datang.[19] Album itu kemudiannya ditunjukkan dan bertajuk 1÷x=1 (Undivided), yang dikeluarkan pada 4 Jun bersama dengan single utama "Light".[20][21]

Mereka juga mengumumkan jelajah dunia pertama mereka, bertajuk Wanna One World Tour - One: The World, yang bermula pada 1 Jun dan akan mengunjungi 13 bandar-bandar yang berbeza di seluruh dunia.[22][23]

Kontrak yang Wanna One dengan YMC Entertainment berakhir pada 31 Mei. Bermula dari 1 Jun, Wanna One akan diuruskan oleh Swing Entertainment, sebuah agensi baru yang ditubuhkan khusus untuk mereka. Susunan baru ini akan terus mengekalkan perkongsian dengan YMC.[24][25][26]

Pada 30 Oktober 2018, Wanna One telah mengeluarkan teaser video dan juga mendedahkan tajuk album studio pertama mereka 1¹¹=1 (Power of Destiny)'. Album ini akan dikeluarkan pada 19 November 2018.[27]

2019: Konsert akhir dan dibubarkan

Pada 18 Disember 2018, Swing Entertainment mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa kontrak kumpulan ini akan berakhir pada tarikh asalnya yang dirancang pada 31 Disember 2018. Swing juga menyatakan bahawa semua agensi telah mencapai persetujuan yang akan membolehkan ahli-ahli untuk menghadiri pertunjukan dan majlis penyampaian akhir sepanjang Januari 2019. Kumpulan ini akan mengadakan aktiviti dengan konsert akhir (bertajuk "Therefore") diadakan selama empat hari, berakhir pada 27 Januari 2019.[28] Konsert ini akan diadakan di Gocheok Sky Dome di Seoul, di mana kumpulan tempat mereka mengadakan showcase debut mereka.

Selepas Pembubaran

  • Sebelas ahli Wanna One kembali ke agensi masing-masing selepas dibubarkan.
    • Kang Daniel dan Bae Jin-young membuka fans cafe rasmi mereka dan akan debut sebagai artis solo.[29][30]
    • Lee Dae-hwi dan Park Woo-jin akan menyertai MXM dan akan debut di dengan nama, "Brand New Boys".[31]
    • Park Ji-hoon membuka fans cafe rasmi dan akaun sosialnya dan akan mengadakan pertunjukan solo asia dan akan berjumpa dengan peminat buat pertama kalinya.
    • Yoon Ji-sung akan berlakon dalam muzikal, "The Days" dan akan debut sebagai artis solo sebelum pendaftaran tenteranya.[32][33]
    • Ha Sung-woon akan memulakan debutnya sebagai artis solo dan akan mengeluarkan lagu pra-debutnya pada 28 Januari.[34]
    • Lai Kuan-lin disahkan beelakon dalam drama Cina "Little Thing Called First Love".[35]
    • Ong Seong-wu akan berlakon dalam youth drama JTBC "The Moment of 18".[36]
    • Kim Jae-hwan akan debut sebagai artis solo dibawah Swing Entertainment (Agensi Wanna One).[37]
    • Hwang Min-hyun akan kembali kepada kumpulannya yang sedia ada, NUEST.

Rujukan

WikiPedia: Wanna_One http://www.billboard.com/articles/columns/k-town/7... http://star.hankookilbo.com/#!/home/SVCPost_322297... http://pop.heraldcorp.com/view.php?ud=201709150901... http://koreajoongangdaily.joins.com/news/article/A... http://koreajoongangdaily.joins.com/news/article/A... http://koreajoongangdaily.joins.com/news/article/a... http://koreajoongangdaily.joins.com/news/article/a... http://kpopherald.koreaherald.com/view.php?ud=2017... http://kpopherald.koreaherald.com/view.php?ud=2017... http://kpopherald.koreaherald.com/view.php?ud=2017...