Kontroversi Wardina_Safiyyah

Pada penghujung tahun 2000, Wardina nekad mengenakan hijab kepala dan melupakan karier peragaannya. Penghijrahan itu mendapat reaksi positif malahan Wardina dikatakan sebagai pelopor kepada wanita bertudung untuk terus aktif dalam bidang seni biarpun berdepan sedikit halangan.

Pada Jun 2011, Wardina Saffiyah telah menimbulkan kontroversi apabila hadir memberi ceramah keibubapaan yang tanpa disedarinya merupakan Majlis Mesra Rakyat anjuran sebuah parti politik pembangkang. Namun, Wardina Saffiyah sangat terkejut apabila kehadirannya telah dimanipulasikan sehinggalah ada pihak menuduh kononnya dia cenderung kepada PKR selain menyokong perhimpunan haram, Bersih 2.0. Tambah Wardina Saffiyah lagi, lebih memalukan gambar-gambar silamnya yang tidak bertudung telah disiarkan di beberapa blog dengan lemparan kata-kata yang kurang enak selepas kejadian berkenaan berlaku. [6]

Wardina Safiyya telah mengeluarkan tuduhan bahawa kononnya kerajaan memandang ringan kes remaja kurang upaya, Muhammad Firdaus Dullah. Tuduhan itu dijawab oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim yang menyatakan bahawa agensi kerajaan iaitu Jabatan Imigresen yang menemui remaja itu di dalam rumah berkenaan. Datuk Seri Rohani turut menyatakan bahawa nasib baik Jabatan Imigresen turun padang dan (agensi) kerajaan yang jumpa.[7]

Kemudian pada awal 2018, penampilan BELIAU telah menjadi perhatian umum apabila memberi nasihat yang sangat berguna kepada semua pakcik dan makcik di Simpang Renggam sebelum Pilihan Raya Umum ke 14. Dengan perwatakan alim dan bersopan santun telah menjadikan, calon PRU Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik menang dengan bergaya. Antara nasihat yang hebat itu berbunyi..

“Dr Maszlee,

kalau jumpa Dr Maszlee dengan keluarga insyaallah sejuk hati makcik.Bukan apa makcik, saya nak cakap macam ni makcik. Dr Maszlee ni memang orang yang baik makcik,

jadi kita,orang yang memang baik makcik, orang Simpang Renggam bertuah dapat Dr Maszlee Malik ni. Makcik, undilah Dr Maszlee Malik ni, dia orang yang jujur, orang yang ikhlas, makcik...

Makcik dan pakcik, bukan apa, kita nak hantar orang baik-baik ni pergi parlimen insya allah makcik. Makcik, pakcik, undi Dr Maszlee Malik yeh? Dia orang baik makcik. Orang yang baik ni jangan kita lepaskan...“

Kini, Wardina berada di Australia untuk memulakan karier barunya.. berniaga tudung. Sebab rakyat di Malaysia ramai yang tiada duit selepas PRU 14 yang lalu. Sabor je la.

Rujukan

WikiPedia: Wardina_Safiyyah http://gambargambarpelik.blogspot.com/2010/06/ward... http://notesfromsaudiarabia.blogspot.com/2010/03/f... http://www.budiey.com/wardina-safiyah-sunsilk%E2%8... http://www.budiey.com/wardina-safiyyah-buku-mama-s... http://www.facebook.com/pages/Galeri-Ariani/356802... http://www.harian-metro-online.com/wardina-ajak-gu... http://www.ibnuhasyim.com/2011/09/pelakon-wanita-p... http://www.imdb.com/Name?Wardina+Safiyyah/ http://www.mphclick.com/category/bestsellers/page/... http://www.myselebriti.com/2008/09/30/wardina-up-f...