Warren_Buffett
Warren_Buffett

Warren_Buffett

Warren Edward Buffett (lahir 30 Ogos 1930 di Omaha, Nebraska, Amerika Syarikat) ialah seorang pelabur, ahli perniagaan dan dermawan berbangsa Amerika Syarikat. Beliau merupakan salah seorang pelabur paling berjaya di dunia serta pemegang saham terbesar dan CEO syarikat Berkshire Hathaway.[4] Beliau dinamakan orang terkaya di dunia oleh majalah Forbes pada separuh pertama tahun 2008, iaitu nilai bersihnya kira-kira $62.0 bilion[5], tetapi menjunam ke $37 bilion pada awal tahun 2009, sekaligus jatuh satu anak tangga ke #2 dalam senarai Forbes Billionaire List, iaitu $9 bilion di belakang Bill Gates. Dengan diberi gelaran "Dewata Omaha" (Oracle of Omaha)[6]atau "Pendeta Omaha" (Sage of Omaha),[7]Buffett terkenal kerana berpegang teguh pada falsafah pelaburan nilai dan sikap berjimat cermat walaupun kaya-raya.[8] Gaji tahunannya pada tahun 2006 berjumlah kira-kira $100,000, iaitu agak sedikit berbanding gaji eksekutif kanan di syarikat-syarikat yang sebesar syarikat beliau.[9]Ketika Buffett membelanjakan $9.7 juta[10] dana Berkshire untuk membeli pesawat persendirian pada tahun 1989, beliau memberikan nama julukan "The Indefensible" kerana sebelum ini beliau pernah membidas tindakan CEO lain melakukan pembelian sedemikian.[11] Beliau berdiam di rumah yang sama di kawasan perumahan pusat Dundee di bandar Omaha yang dibelinya pada tahun 1958 pada harga $31,500, yang kini bernilai kira-kira $700,000.[12] Buffett juga merupakan seorang dermawan yang disegani. Pada tahun 2007, nama beliau dimasukkan dalam senarai 100 Tokoh Paling Berpengaruh di Dunia oleh majalah TIME.[13] Beliau juga merupakan ahli lembaga amanah di Kolej Grinnell.[14]

Rujukan

WikiPedia: Warren_Buffett http://www.berkshirehathaway.com/ http://www.berkshirehathaway.com/letters/1989.html http://www.fool.com/investing/small-cap/2005/06/29... http://www.forbes.com/2005/03/10/cx_bill05_homesli... http://www.forbes.com/2009/03/11/worlds-richest-pe... http://www.forbes.com/lists/2006/12/C0R3.html http://www.forbes.com/lists/2008/10/billionaires08... http://www.iht.com/articles/1997/12/20/mbuff.t.php http://www.investopedia.com/university/greatest/wa... http://www.msnbc.msn.com/id/18555690/