Peralatan Wartawan

Ketika bertugas di lapangan, wartawan akan membawa telefon bimbit, kamera , buku nota , pen , pita rakaman , perakam video dan lain-lain untuk membuat liputan dan mencari berita. Pada masa kini, wartawan mesti mahir menggunakan komputer, internet dan enjin carian - Google. Mereka akan melayari perpustakaan online untuk mendapatkan arkib berita. Selalunya mereka akan terkejar-kejar ke sana-sini untuk 'scoop' sesuatu berita yang humanisme kerana pembaca suka yang sensasi dan terkini.

Wartawan perlu mencari berita, menulis dan melaporkan isu semasa, terkini dan masa lalu. Mereka mestilah pantas dan tangkas menulis kerana setiap patah kata orang yang ditemubual mestilah ditulis dalam buku nota. Buku nota akan menjadi saksi dan bahan bukti jika didakwa di mahkamah. Terkini, rakaman suara dan video akan menjadi bukti jika ada yang cuba menyanggah berita.