Sinopsis Wasabi_(komik)

Wasabi, seorang pelajar yang agak sinikal dan lincah selalu dipinggirkan oleh teman persekolahannya oleh kerana sifatnya yang kurang matang dan juga sikap yang suka memanipulasi orang. Tanpa disangka-sangka, seorang pelajar baru Chiro, tiba di sekolah itu dan dia memulakan tali persahabatan dengan Wasabi - mengajarnya tentang bagaimana mahu berdepan dengan dunia sekolah menengah yang serba mencabar. Tanpa diduga, Wasabi telah mengheret sama Chiro ke arah dunia remaja yang serba kusut dan menujukkan Chiro yang mana betul dan tidak betul.